Kamis, 07 April 2011

Nama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Azi Digunakan Untuk Penipuan

Nama Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tidak terkecuali disalahgunakan dalam penipuan wang berasaskan Internet.Menjawab emel berkaitan pemindahan wang yang kononnya ditulis oleh Dr. Zeti, bank pusat mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap para penipu yang menggunakan logo bank pusat dan nama para pegawai kanannya.

Komplot penipuan yang dihantar menerusi emel ke Bernama, mendakwa sejumlah US$7.5 juta akan dikirimkan ke akaun penerima emel dalam tempoh tiga hingga empat hari bekerja.Dinyatakan dalam emel berkenaan: “Surat rasmi ini dikeluarkan kepada anda oleh bank dari Bank Negara Malaysia dengan kerjasama “presiden/yang dipertua.” Surat panjang dengan kesemua prosedur kewangan dan perbankan untuk memindahkan wang itu berakhir dengan, “Yang benar, Dr Zeti Akhtar Aziz, Gobenor Bank Negara Malaysia, pejabat “presiden.” Apabila dimaklumkan oleh Bernama mengenai isu ini, Bank Negara telah menghantar emel menasihati agar orang ramai berhati-hati terhadap sebarang skim haram atau aktiviti penipuan.

"Jika ada seseorang yang mendakwa dari Bank Negara Malaysia menghubungi anda dan memujuk agar menyertai sebarang skim pelaburan atau mengesyaki aktiviti penipuan, anda mestilah menamatkan dengan segera panggilan itu. Begitu juga jika dihubungi melalui pos atau emel, sila abaikan sepenuhnya,” kata bank pusat.

Skim-skim haram atau aktiviti penipuan kemungkinan dipromosikan menerusi emel, surat, panggilan telefon atau dalam bentuk komunikasi atau hubungan yang lain, katanya

Bank Negara berkata ia tidak akan menghubungi sesiapa secara peribadi untuk mempromosikan sebarang skim pelaburan ataupun meminta butiran akaun bank sesiapa.
Bank pusat turut menggesa orang ramai melaporkan dengan segera sebarang aktiviti penipuan kepada Bank Negara

Petikan daripada Utusan Malaysia 

+ kita harus berwasapada setiap apa perkara pelik yang berlaku



0 komentar:

Posting Komentar