Jumat, 08 April 2011

Jemaah haji, umrah perlu beli skim takaful

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu membeli skim takaful haji dan umrah daripada Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sebelum menunaikan ibadat itu.

Presiden MATTA, Datuk Mohd Khalid Harun, berkata skim itu diwajibkan bagi melindungi keselamatan dan harta benda mereka semasa menunaikan ibadat itu.
"Malah keperluan sedemikian bagi perlindungan inklusif adalah penting apabila berlaku kejadian yang tidak diingini dan apabila mereka memerlukan rawatan perubatan dan bantuan lain semasa berada di seberang laut.
"Pelan ini dapat membantu bagi menyediakan perlindungan kepada mereka. Kami mahu umat Islam berasa tenang semasa berada di luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MATTA dan Hong Leong Takio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) di sini, hari ini.

MATTA diwakili Mohd Khalid manakala HLTM Takaful diwakili Pengurus Besar bagi Pengurusan salurannya Abdul Khalid Salleh.

Harga skim itu bermula dengan kadar paling rendah RM40 dan disediakan di bawah tiga pelan berasingan iaitu pelan asas skim takaful kemalangan individu haji dan umrah MATTA, Pelan Premium dan pelan premium tambahan.

Ia menyediakan pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran balik jenazah, perlindungan perbelanjaan perubatan, elaun pengebumian dan "Badal Haji" (mengerjakan haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia dan individu yang cacat kekal).
Abdul Khalid berkata, skim itu memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992. - BERNAMA
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen



0 komentar:

Posting Komentar