Selasa, 26 Juli 2005

Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor 2011



Golf Iskandar Johor Open 2011 (IJO)
Prize : US$2 juta (RM6.7 juta).
Official Website : http://www.iskandarjohoropen.com/

JOHOR BAHRU, (D5) - Edisi kelima Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor (IJO) menjanjikan yang terbaik serta jumlah wang hadiah baru yang bernilai US$2 juta (RM6.7 juta).
Sejak penganjuran pertama pada 2007, Terbuka Iskandar Johor telah menjadi salah satu kejohanan berdaftar Asian Tour, tetapi untuk edisi tahun ini ia juga akan menjadi kejohanan berdaftar European Tour.
Juara bertahan, Padraig Harrington dari Ireland ialah di antara pemain European Tour yang telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang akan berlangsung sekali lagi di Horizon Hills Golf & Country Club.
"Kejohanan ini telah berjaya menarik ramai pemain handalan dan berjaya menempa nama sebagai salah satu kejohanan golf yang hebat," ujar Pengerusi penganjuran dan juga Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman.
"Ia juga merupakan berita baik kerana Harrington akan kembali untuk mengekalkan kejuaraannya dan kehadiran beliau menaikkan prestij kejohanan.
"Saya yakin ramai lagi pemain ternama akan mengesahkan penyertaan mereka," ujar beliau lagi.
Sewaktu Harrington memenangi kejohanan ini tahun lepas, dia membawa pulang US$198,125 daripada jumlah wang US$1.25 juta.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 17-20 November nanti bakal menarik perhatian ramai pemain-pemain terbaik Asian Tour dan European Tour.



0 komentar:

Posting Komentar