Sabtu, 26 Juli 2003

Duit Syiling Terbaru Malaysia 2012 Siri Ke-3


Lihat gambar duit syiling keluaran baru Malaysia 2012 siri ketiga. Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baru iaitu duit syiling peringatan sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012. Rekabentu duit syiling baru ini mencorakkan budaya dan warisan negara. Motif rekabentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional Malaysia.

Duit syiling siri ketiga ini bersaiz lebih kecil dan ringan. Duit syiling baru yang berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Untuk keselamatan, duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.

Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

Tarikh untuk melihat bulan ramadhan atau bulan puasa 2011 jatuh pada 31 Julai 2011. Berikut adalah tempat untuk melihat anak bulan ramadhan berdasarkan kenyataan pejabat penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia. Tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan bertujuan untuk menentukan tarikh hari permulaan puasa bagi umat islam.

Menurut sumber daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Pontian Kecil di Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
Bukit Melawati (Selangor);
Pulau Angsa (Selangor);
Bukit Jugra (Selangor),
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
Pantai Pasir Panjang (Perak);
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
Pulau Perhentian (Terengganu);
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).