Sabtu, 26 Juli 2003

Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

Tarikh untuk melihat bulan ramadhan atau bulan puasa 2011 jatuh pada 31 Julai 2011. Berikut adalah tempat untuk melihat anak bulan ramadhan berdasarkan kenyataan pejabat penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia. Tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan bertujuan untuk menentukan tarikh hari permulaan puasa bagi umat islam.

Menurut sumber daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Pontian Kecil di Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
Bukit Melawati (Selangor);
Pulau Angsa (Selangor);
Bukit Jugra (Selangor),
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
Pantai Pasir Panjang (Perak);
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
Pulau Perhentian (Terengganu);
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).



0 komentar:

Poskan Komentar